Untuk Sepasang Kekasih
Publisher,Maghfirah
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Hidup tanpa cinta ibarat taman tanpa bunga. Akan tetapi, benarkah hanya dengan cinta, kehidupan keluarga boleh bahagia? Tentu tidak. Cinta hanya mengeratkan hubungan suami isteri, padahal bahtera rumah tangga tidak akan belayar dengan kukuh hanya berdasarkan emosi dan perasaan. Terdapat banyak masalah rumah tangga yang memerlukan keseimbangan & kebijaksaan akal. Kerana itu, pernikahan meyakinkan adanya kesinambungan hati & akal. Dalam buku ini, anda akan mempelajari cara menggabungkan potensi hati & akal. Anda akan mengetahui pelbagai karakter pasangan anda, teknik mengenali isteri yang merajuk, memahami isteri yang cerewet, mengenali suami yang tiba-tiba diam & kurang mengambil berat, menjaga maruah suami, menyusun keperluan rumah tangga, cara mengkritik pasangan, teknik memuji pasangan dan banyak lagi cara & nasihat yang dapat mengeratkan hubungan anda dengan pasangan. Ringkasnya, buku ini menceritakan kepada anda rahsia supaya disayangi pasangan.