Untuk Tiga Hari
Publisher,MPH Online
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Kita sering memandang ringan tentang perceraian! lihatlah saja angka perceraian yang semakin meningkat saban tahun. apa puncanya? macam-macam! dan, bagaimana jikalau sepasang kekasih yang telah pun memeterai janji sehidup semati terpaksa memenuhi permintaan untuk mengahwini pasangan yang dipilih keluarga? begitulah yang dialami sepasang kekasih ini dan kerana tidak mahu menghampakan harapan keluarga, mereka memenuhi juga hasrat itu. lalu, mereka berjanji berkahwin hanya untuk tiga hari. mereka telah memilih tarikh, waktu dan aturcara yang sama. tatkala si dara bersanding, di majlis yang lain… si udanya juga sedang diraikan di atas pelamin! dan, mereka laluinya dengan hati yang terluka sedangkan sanak-saudara gembira ria meraikan raja sehari. lalu, selesai saja majlis persandingan, mereka mula menghitung hari, 1, 2, 3… dan apabila tiba hari yang ketiga itu, bagaimanakah mereka akan meluahkan hasrat untuk bercerai terhadap pasangan masing-masing? terbayang tawa ria ayah dan bonda, kemeriahan majlis perkahwinan yang telah merela lalui dengan keriangan famili dan sahabat handai yang berkunjung datang! dilema mula menghantui dan masa terus berlalu, tik, tok, tik, tok… adakah mereka akan pegang pada janji yang telah disemai… berkahwin hanya untuk tiga hari? Dapatkan novel ini yang sedang hangat di pasaran, yang telah pun memasuki cetakan ketiga September 2006.