Utopia: The Lost Garden

ISBN: 9786297509310
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,Kaseh Press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 250 g
No. of Pages, 201

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

“St. Jewel tak akan menghampakan, Eme. Abang yakin Eme pasti akan seronok berada di sekolah tu. Lagipun, itukan sekolah lama abang. Sekarang ni, giliran Eme pula berada di St. Jewel.” —Elman

Dalam keterpaksaan dia akhirnya berpindah ke St. Jewel. Namun, ada sesuatu di sekolah itu yang membuatkan dia tertanya-tanya. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya untuk menghampiri kawasan larangan di sekolah itu.

“Dialah orangnya, Hud. Keturunan Elise dan Elaine adalah keturunan yang terpilih. Emerald sama seperti abangnya, Elman. Mereka remaja yang layak. Awak sendiri pun nampak, kan? Hutan Selatan langsung tidak menghalang. Kalau Emerald bukan orangnya, pasti dia sudah dihalang daripada memasuki kawasan itu... Atau mungkin dia sudah menerima nasib seperti budak perempuan yang cedera dua tahun yang lepas.” —Pengetua.

Tanpa berfikir panjang, dia memberanikan diri ke kawasan itu. Kawasan larangan yang berada di Hutan Selatan. Tanpa disedarinya dia sudah memasuki satu dunia lain. Dunia yang penuh keajaiban yang langsung tidak terfikir dek akalnya.

Dia manusia yang menjadi harapan untuk menyelamatkan sebuah kerajaan. Kenapa dia? Apa kelebihan yang dia ada? Bagaimana dia mahu menyelamatkan sebuah kerajaan sedangkan dia tidak tahu apa-apa tentang kewujudan tempat itu sebelum ini? Tiada kuasa dan tiada kebolehan untuk berlawan. Tetapi, dia menjadi satu-satunya pengharapan untuk kerajaan itu bebas daripada cengkaman yang sungguh kejam.

Masanya untuk menyelam ke sebuah dunia fantasi yang penuh kegelapan. Utopia...  Keajaiban bermula di sini...

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)