Valentina Nervosa
Publisher,Buku Prima Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Mariyyah tidak meminta banyak. Dia cuma mahu meluaskan perniagaannya dan mengahwini teman lelakinya, Najmudin yang telah bersama dengannya selama tujuh tahun. Namun apabila Najmudain meminta mereka berpisah pada hari Valentine, Marriyah menyedari banyak yang perlu dia mulakan kembali. Sendirian menghadapi fobianya dengan hari memperingati kekasih, dia harus menyelesaikan masalah temannya Faizah yang putus hati, Abang Aziz yang putus tunang dan Amer yang putus harapan. Menambahkan pening kepalanya, dia juga berdepan dengan pengkhianatan kawan baiknya, Soraya dan pekerjanya Razif yang sukar difahami apatah lagi dikawal. Dengan semua kegilaan dalam hidupnya, dia tidak pasti sama ada dia putus cinta, jatuh cinta lagi atau hanya mahu bersendiri?