Vehaen: Satu Cerita
Publisher,Jemari Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Rif'at, anak kelahiran Palestin yang dibawa ke Malaysia dan dijadikan anak angkat. Dia mengimpikan sebuah tali persahabatan yang terbina dengan reda Allah. Impiannya tercapai apabila dia mengenali Imran.
“Ukhuwah, kadang-kadang bagi motivasi untuk kita lakukan sesuatu yang dapat membawa kita ke syurga. Supaya kita dapat bertemu di sana.”
Imran, pelajar yang bermasalah dan dianggap ketua taiko di sekolahnya. Dia mula insaf dan berubah ke arah kebaikan setelah mengenali Rif'at.
“Peluang paling besar yang aku rasa Allah pernah bagi pada aku, adalah peluang untuk kenal seorang sahabat bernama Aamir Rif'at.”
Amrullah, pengalaman menjadikannya lebih matang. Ketabahannya melayan kerenah Imran lama-kelamaan membuatkan ukhuwah mereka semakin rapat.
“Kalau dulu aku doakan kau tak jejak syurga, sekarang Allah kasi peluang untuk kita atur langkah sama-sama ke syurga. Indah kan aturan Ilahi?”
Ikatan persahabatan yang dibina di Vehaen University sangat berharga bagi Rif'at, Imran dan Amrullah. Namun, ukhuwah mereka diuji dengan pelbagai dugaan, seorang demi seorang. Mampukah mereka bertahan dengan ujian-ujian ini?