Vengeance : Kesumat

ISBN: 9789674692490
Checking local availability
RM32.00
Product Details

Publisher,Karyaseni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / MISTERI/THRILLER

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Malam itu malam yang dipenuhi jeritan yang mengerikan. Api yang marak dan garang telah 

meragut nyawa sebuah keluarga kecil. Thariq satu-satunya anak kecil yang terselamat namun sesuatu 

dalam dirinya turut mati bersama tragedi itu. Kemanusiaan. 

Tahun demi tahun berlalu, kini Thariq semakin membesar seiring dengan dendam kesumatnya. 

Tanpa amaran, siri pembunuhan mula mengoyak kesepian malam. Seorang demi seorang diseksa 

dan dibunuh, bagai satu rantaian pembunuhan yang terancang. Penyiasatan mula dijalankan Inspektor 

Munir. 


“Mereka jadi sasaran seseorang. Mereka diburu oleh orang yang sama. Waktu saya kenal pasti 

semua sasaran, semuanya dah terlewat. Hampir kesemua mereka ditemui maut dalam keadaan yang 

mengerikan. Saya percaya, perbuatan ganas ni bermotifkan dendam.” - Inspektor Munir. 

Thariq masih tidak berhenti untuk melunaskan dendam kepada sasaran terakhirnya iaitu Dato 

Badar. Sasaran yang paling dinantikannya. Dato Badarlah punca segala kehancuran hidupnya. Namun 

lelaki itu kelihatan bahagia dengan keluarganya, malah mempunyai orang kepercayaan baharu, 

menantunya, Najmi. 


Bagi Najmi pula, dia kerap berasa berdebar-debar tanpa sebarang sebab. Kebelakangan ini juga, 

dia sering kali didatangi mimpi ngeri. Mimpi yang dahsyat sehingga dia meracau-racau dalam tidur, 

memaksa isterinya, Miralia mengejutkan dia ke alam jaga. Miralia sendiri terlalu bingung dengan 

perubahan mendadak Najmi. 


Keterujaan Miralia tatkala terbinanya mahligai bahagia bersama insan tercinta hanyalah 

sementara. Segalanya berubah setelah dia mendirikan rumah tangga. Najmi bukan lagi lelaki yang pernah 

dikenalinya sebelum ini. Perubahan lelaki itu menimbulkan seribu tanda tanya. 

Pertemuan Miralia dan Thariq sedikit demi sedikit merungkai teka-teki. Saat segalanya 

terbongkar, tegarkah dia meneruskan ikatan yang dibina atas dasar cinta?