Wahai Ibu, Mengapa Aku Mesti Beribadah?
Publisher,Telaga Biru
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Penulisan buku ini bertunjangkan tiga asas utama dalam mempersembahkan maklumat dan fakta, iaitu pembentangan konsep, pengaplikasian konsep dan faedah serta kesan daripada pengaplikasian konsep. Faedah dan kesan pengaplikasian konsep-konsep itu adalah salah satu elemen amat penting dalam ibadah kerana menjadi piawai (kayu ukur) dalam usaha membentuk sahsiah insan rabbani dan pembangunan umat terbaik.
" Sesungguhnya buku ini ditujukan kepada khalayak yang memerlukan pemahaman dan penghayatan ibadah dalam kehidupan seharian"
Al-Qardhawi dalam as-Sahwah al-Islamiyah mengungkapkan:
"Seseorang boleh berlaku ikhlas sepenuhnya kepada ALLAH SWT dan berpihak kepada kebenaran jika dia dapat membebaskan dirinya daripada taasub kepada pendapat orang lain, mazhab dan golongan. Dengan kata lain, ia tidak mengikat dirinya kecuali dengan dalil yang menguatkan, lalu dia segera mengikutinya, sekalipun bertentangan dengan mazhab yang dianutinya, atau perkataan seorang imam yang dikaguminya atau golongan yang diikutinya".