Wahyu & Sahabat Nabi S.A.W: Di Sebalik Turunnya Wahyu, ada Manusia yang Berperanan
Publisher,Kemilau Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
“Ketika marah Umar ibnu Khattab telah sampai pada titik didihnya terutamanya selepas mendengar Fatimah adik perempuannya memeluk Islam, maka dia pun mendatangi rumah adiknya tersebut. Sewaktu di kediaman Fatimah, mata Umar ibnu Khattab tertuju kepada Sahifah (lembaran) al-Quran yang tercicir. Umar lantas membuka lembaran Sahifah tersebut yang berisi surah Toha dan membaca dari awal surat, “Toha. Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah, iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas Arasy. Kepunyaan-Nyalah semua yang ada di langit, semua yang di bumi, semua yang di antara kedua-duanya dan semua yang di bawah tanah. Dan jika kamu mengeraskan ucapanmu, maka sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi. Dialah Allah, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Dia mempunyai al Asma' al Husna (nama-nama yang baik)” [Toha : 1 – 8] Dan seterusnya, Umar membacanya dengan penuh penghayatan.
Tatkala sampai pada ayat ke 14, “Sesungguhnya aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan yang Hak selain Aku. Maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.” [Toha 20:14] Tumpahlah air mata Umar ibnu Khattab, jiwanya tergetar keras. Dia yang dahulunya berwatak angkuh dan kasar, berubah menjadi lembut dan tunduk hati serta jiwa kepada Allah. Dia yang dahulunya kuat, tiba-tiba merasa rapuh dan lemah di hadapan ayat-ayat suci al-Quran. Dia meyakini, apa yang telah dibacanya adalah Kalam Ilahi, bukan kalimat-kalimat yang disusun oleh Muhammad s.a.w..
Dan dia mengakui bahawa Islam adalah agama yang benar. Dia berkata kepada Fatimah, “Hantarkan aku untuk bertemu Muhammad. Aku ingin mengikrarkan keislamanku di hadapannya”. (Hadis Riwayat Imam ibnu Hibban, 5440)
Banyak lagi kisah sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang hidup pada era perwahyuan yang menjadi sebab turunnya ayat-ayat al-Quran di dalam buku ini. Semuanya akan dihuraikan secara terperinci dan komprehensif. Buku ini juga mencatatkan kisah mereka yang berperilaku keji zaman Nabi, lalu wahyu turun kerananya.
Semoga karya yang ada di tangan anda ini, dapat melahirkan sumbangan positif bagi usaha memperluaskan wawasan keislaman diri.