Buku ini mengupas topik penjimatan secara terperinci. Ini kerana, sesungguhnya masih ramai yang tidak menyedari bahawa kita mampu berjimat-cermat melalui pelbagai aspek dalam kehidupan.
Dengan membelanjakan sedikit wang untuk membeli buku ini, anda pasti akan mendapat kembali nilai wang anda dengan tip, cara mudah dan berguna menghalang pengaliran keluar wang yang sudah, sedang dan akan dibazirkan pada masa depan.