Wanita Khas Untuk Qarin

ISBN: 9789672102984
Checking local availability
RM30.00
Product Details

Publisher,PENULISAN2U
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 725

Awkward. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa janggal sangat nak berdepan dengan Hanis. Sebab apa yang pernah berlaku antara aku dengan dia ke? Atau sebab dia pernah confess pada aku? Takkanlah. Kalau itu sebabnya, bukan sepatutnya Hanis yang berasa janggal? Kenapa aku tengok dia okey aje bergelak ketawa? Kenapa aku pula yang rasa serba tak kena ni? . Duda. Sebab tak terima lamaran Hanis dulu dan kahwin dengan orang lain, sekarang ni gelaran terhormat itu yang aku sandang selepas bercerai dengan Suraya. Malu juga aku tapi aku tak menyesal sebab aku dikurniakan Qaseh, puteri comel buah hatiku. Hidup aku sama seperti orang lain sehinggalah secara kebetulan aku bertemu dengan seorang polis ‘kerek’ sewaktu aku sedang mencari kawan lama aku. . “Radio kereta ni boleh guna tak?” -Qarin . “Nak buat apa guna radio?” -Sofea . “Laaa... Bosan. Senyap sunyi. Tak tahulah kalau kau...” -Qarin . “It’s fine. Dah banyak saya jumpa orang yang kurang adab ni. Biasalah tu. Tak apa, teruskan.” -Sofea . Dia selalu buat aku bengang dan kerana dia, tak pasal-pasal aku terlibat sama dalam menyelesaikan misi mencari mangsa lemas. Dan dalam tak sedar juga, lepas satu kes, satu kes lain pula aku terlibat. Semuanya dengan dia. Dan tak sangka, dia boleh hantar mesej begini kepada aku. Kita dating tengah hari nanti. Kalau dah macam tu, aku rasa perlu untuk aku jalankan misi mencari ‘Wanita Khas Untuk Qarin’ untuk kebaikan Qaseh, anak aku. Hehehe

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)