43 orang srikandi Islam yang dipaparkan ini terdiri daripada isteri-isteri dan anak Rasulullah s.a.w, isteri Khulafa ar-Rasyidin serta wanita terbilang yang hidup pada zaman baginda. Meskipun jasad mereka telah terkubur, namun segala keperibadian mulia wanita solehah ini terus dikenang kerana teguhnya diri menyayangi Islam.
Antara kandungan menarik:
- Demi cinta Zainab
- Maryam Puteri Imran
- Kisah Balqis Ratu Saba'
- Keutuhan Iman Masyita
- Asiah isteri Firaun yang Beriman
- Kisah Aminah Bunga Mawar Quraisy
- Fatimah yang Hidup Penuh Keserderhanaan
- Diseksa Tidak Mengubah Pendirian Zinnirah
- Khadijah Penyuntik Semangat Rasulullah s.a.w
- Naelah Gadai Nyawa Demi Khalifah Uthman al-Affan