Wanita Yang Tersakiti

ISBN: 9789672902539
Checking local availability
RM27.00
Product Details

Publisher,Dear Novel
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 400

Dosa yang dilakukan oleh Nawa Safiyya adalah satu sahaja iaitu jatuh cinta dengan Muhammad Feyzal Zavier. Dan lelaki itu, lelaki yang membuatkan Nawa takut untuk jatuh cinta, kembali semula ke dalam hidupnya. Dalam sebuah majlis perkahwinan aturan Butik Blue Tulip, Nawa bertemu dengan Feyzal.


Pertemuan Feyzal dengan wanita yang menjelma secara mengejut dan menghilang seperti debu itu selalu bermain di ruang kepala. Namun, dalam hidup Feyzal dia sudah punya bidadari lain. Rheana Khan yang menganggap Feyzal sebagai lelaki utusan Tuhan untuknya.


“Siapa sebenarnya awak dalam hidup saya, Fiyya?” - Feyzal

“Saya bukan siapa-siapa. Saya cuma memori yang awak tak patut kutip semula.” - Nawa


Nawa mula terumbang-ambing. Dia tidak mampu untuk menjadi nakhoda kisah hidupnya sendiri kerana buntu dengan kehadiran Feyzal yang semakin cuba mendekati dan menghampirinya.


Feyzal sekadar mahu tahu, siapa Nawa. Adakah Nawa memori yang telah dia lupakan selama enam tahun ini? Jika ya, apa sebenarnya hubungan lalu mereka? Mengapa dalam mata Nawa dia hanya nampak luka dan derita, kerananya?


“Awak bukan kawan saya. Awak tipu, Fiyya. Susah sangat ke awak nak cakap dengan saya, awak ni siapa, Fiyya? Saya tahu kita pernah ada hubungan istimewa dahulu. Cuma, awak sahaja yang tak mahu cerita. Sebab apa?” - Feyzal

“Leave me alone! Please, jangan kacau saya atau cari saya!” - Nawa


Nawa jadi tersepit antara kisah cinta lama dan takdir baharu. Kalau bukan kerana kemunculan Feyzal dalam hidupnya, perasaannya tidak akan berbolak-balik dan ruang hati untuk Abbas Zulkarnain tidak akan menjadi sempit.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)