War of Love
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 480
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Auranya lain macam! Misteri dan suspens. Muncul seperti ribut, hadir seperti angin. Buat hidup Iris haru-biru. Adiknya ditinggalkan terkontang-kanting depan tok kadi, ayahnya jatuh sakit dan semua harta keluarganya secara tiba-tiba menjadi milik lelaki itu.
Hayat Mikael, ada saja kejutan yang dilakukannya menjadikan Iris naik hantu. Mikael memang cari nahas, tak mungkin Iris akan biarkan saja tanpa melawan. Kau buat aku, aku akan buat kau juga. Nak lawan? Nak berperang? Ok, set, on!
“It’s my pleasure to fight with you, my darling. Our game, our war... The war of love. Pastikan yang you takkan kalah, sebab kalau kalah… itu bermakna you dah jatuh cinta dengan I.” – MIKAEL
“Aku takkan jatuh cinta dengan kau. Jerk!” – IRIS
Iris lancarkan perang benci, Mikael lancarkan perang berstrategi. Mikael kejam dan sentiasa 10 langkah ke hadapan! Iris berdendam walaupun tahu Mikael bukan saingan.
Bila rahsia terbongkar, Iris sendiri keliru. Perang benci menjadi simpati. Hati yang dingin menjadi lembut dan perasaan dendam bertukar cinta.
Macam mana nak berperang habis-habisan kalau begini? Macam mana nak kentalkan jiwa ni? Ah, sudah… bahaya gila!
Adakah Iris mampu untuk terus memerangi Mikael lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui siapa sebenarnya lelaki itu
Bagaimana untuk Iris berdepan dengan apa yang telah berlaku?
Teruskanlah membenci kerana suatu saat, kau akan mencintaiku… Walaupun dengan cara yang menyakitkan.
Sebuah novel yang bertemakan kekeluargaan, kasih Sayang,dendam dan pemgkhianatan. Suka dengan watak Mikael dan Iris yang ditonjolkan dengan baik oleh penulis. Karekter yang ditentukan oleh penulis sangat menarik pada setiap watak. Cuma watak adik Iris, Inaara yang membuatkan Sarah pembaca menggelegak dengan sikapnya. Jalan cerita yang teratur tidak membangkitkan rasa bosan kepada pembaca. Memang best. Layak dapat 5 bintang. Terbaik.