Warisan Tradisi Masakan Jawa (Buku 1)
Publisher,Pekan Ilmu
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Etnik Jawa merupakan sebahagian daripada kelompok Melayu di Malaysia. Masyarakat Jawa popular dengan sajian dari produk kacang soya terutamanya tempe dan tauhu.
Penulis Hamidah Asararuddin melalui buku Warisan Tradisi Masakan Jawa Buku 1 ini menyajikan 20 resepi jawa tempatan yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Lawoh dan Janganan serta Ombonen dan Panganan.
Lawoh dan Janganan seperti Sego Ambeng, Penachi Kambing, Masak Putih Daging, Rendang Kerang, Pajeri Terong, Jangat Umbut Kelapo merupakan antara sajian istimewa majlis keramaian masyarakat Jawa.
Manakala sajian santai Ombenan dan Panganan pula adalah antaranya seperti Bubur Tepung Nangko, Lempeng Pisang, Cekodok Kelopo dan Ais Degan.
Banyak lagi sajian menarik yang terdapat di dalam buku ini untuk anda semua tatapi.
Selamat mencuba!.