Warkah untuk Pak Biden
Publisher,Nuha Books
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Warkah Untuk Pak Biden - bukan warkah yang biasa-biasa. 30 warkah penyumbang yang termuat didalamnya adalah suara hati, iltizam dan harapan rakyat Malaysia yang diwakili oleh mereka. Ini bukan surat peribadi. Ini adalah lontaran hasrat dan impian unntuk dunia yang lebih aman, berakuantabiliti dan yang paling penting lebih manusiawi. Menulis warkah kepada seorang Presiden sebuah besar, maju dan sering mendabik sebagai 'polis dunia' menuntut 'kerja rumah' dan pasungan fakta diadun dengan penuh hikmah.
Harapannya, 30 warkah yang disumbangkan ini mampu menjentik akal budi seorang Presiden yang dewasa bersama pengalaman sebagai manusia yang sering diuji selain mangli dengan sepak terajang politik selama hampir lima dekad! Kami tidak mahu berlebihan, kami mahu anda menekuni naskah ini seadanya!
Satu penulisan menggambarkan harapan kita kepada pemimpin baru USA yang menggantikan Donald Trump.
Sebuah naskah yang mengandungi suara hati dan harapan rakyat Malaysia yang berhasrat inginkan dunia menjadi lebih aman dan bahagia. Bersama sama 30 warkah yang mengandungi impian dan suara hati buat pemimpin baru dalam mengubah dunia. Sangat bermotivasi dan bersemangat.
Setelah kecewa dengan atur pimpinan Presiden USA yang terdahulu, setelah berganti presiden yang baru masyarakat dunia Malaysia khususnya, mengharapkan perubahan yang positif dari beliau agar dapat menstabilkan kembali ekonomi dan kenteteraman serta kerisauan yang melanda dunia.
Warkah Untuk Pak Biden - bukan warkah yang biasa-biasa. 30 warkah penyumbang yang termuat didalamnya adalah suara hati, iltizam dan harapan rakyat Malaysia yang diwakili oleh mereka. Ini bukan surat peribadi. Ini adalah lontaran hasrat dan impian unntuk dunia yang lebih aman, berakuantabiliti dan yang paling penting lebih manusiawi. Menulis warkah kepada seorang Presiden sebuah besar, maju dan sering mendabik sebagai 'polis dunia' menuntut 'kerja rumah' dan pasungan fakta diadun dengan penuh hikmah. Harapannya, 30 warkah yang disumbangkan ini mampu menjentik akal budi seorang Presiden yang dewasa bersama pengalaman sebagai manusia yang sering diuji selain mangli dengan sepak terajang politik selama hampir lima dekad! Kami tidak mahu berlebihan, kami mahu anda menekuni naskah ini seadanya!
Satu naskah yg sgt menarik yg menhimpunkan 30 warkah penyumbang yg mewakili suara hati rakyat malaysia..lontaran hasrat dan impian kepada pemimpin itu mengharapkan perubahan keadaan dunia yg lebih aman..lebih bersikap adil sesama insan tanpa mementingkan kuasa politik semata mata..