Wasykuruli (2024)
Publisher,PTS Publishing House
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages, 229
Shelf: Mutiara Minda / Membina Diri / Motivasi
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Tanpa kita sedar, sebenarnya perkara yang paling kita idamkan dalam
hidup adalah mendapat ketenangan ketika menjalani kehidupan, hati tenang dan
seronok melakukan perkara yang kita suka.
Tanpa sedar, sebenarnya perkara yang paling kita idamkan dalam hidup
adalah apabila kita mampu berdamai dengan diri sendiri, berdamai dengan takdir,
dan bersedia menerima apa sahaja yang berlaku pada masa hadapan.
Kita menikmati setiap perkara yang kita lakukan; kita seronok
beribadah, kita seronok bekerja. Tanpa sedar, sebenarnya perkara yang paling
diidamkan dalam hidup kita adalah dapat marasai kebahagiaan.
Sahabat, sebenarnya bukan bahagia yang membuatkan kita bersyukur,
tetapi bersyukurlah yang membuatkan kita bahagia.
"Janganlah risau dengan nikmat yang tidak kita dapat, tetapi
risaulah dengan nikmat yang belum kita syukuri. Kadangkala Allah memberikan
nikmat melalui masalah dan memberikan masalah melalui nikmat."
Maka, bersyukurlah.