Why French Children Don't Talk Back - Edisi Bahasa Melayu
Publisher,PTS Publishing House
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 224
Shelf: Mutiara Minda / Kekeluargaan / Hubungan Kekeluargaan
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Chaterine Crawford, seorang ibu kepada dua orang cahaya mata, lelah dengan budaya ibu bapa gaya Amerika yang terlalu bertoleransi dan sering bergelut dengan pilihan bersama anak-anak. Hasil sikap berlembut secara berlebihan bukan sahaja merumitkan rutin hariannya, malah sedikit sebanyak menghasilkan anak yang bersikap memberontak dan tinggi kehendak.
Selepas mengkaji dan mendekati budaya parenting gaya Perancis, beliau kagum dengan tata tertib dan adab yang tinggi yang ada pada kanak-kanak mereka. Anak-anak yang dibesarkan dengan gaya Perancis memang terkenal duduk tertib ketika makan malah tidak cerewet dalam memilih makanan ataupun tantrum ketika membuat keputusan saat bermain dan berkongsi mainan.
Walaupun buku ini mendedahkan kaedah membesarkan anak gaya Perancis, penulis juga tidak menolak sepenuhnya gaya pendidikan yang lain. Baca perkongsian lanjut beliau mengenai apa yang boleh dipelajari dengan cara pendidikan orang Perancis dalam membesarkan anak-anak di rumah.