Kehidupan keluarga Celina dirundung malang sejak pembukaan projek Green Mountain. Dia keseorangan selepas suami dan anak lelakinya turut meninggal selepas kematian ayahnya. Setelah berjumpa tukang tilik dia diyakinkan terkena sumpahan. Oleh itu, dia mencari Pasukan X-SENTRIK untuk menamatkan segala penderitaan. Adakah mereka boleh menyelesaikannya sebelum terlambat?