Xavier's Control

ISBN: 9786299212805
Checking local availability
RM45.00
Product Details

Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,

Kieran Xavier, CEO dingin dan berkarisma dari konglomerat multinasional Xavier Group. Dia terkenal sebagai lelaki yang tidak pernah gagal dalam dunia bisnes mahupun manipulasi. Senyumanya adalah untuk public tetapi di sebalik semua itu ada kekejaman yang tersembunyi di sebalik kontrak dan angka.

"Awak tahu terlalu banyak." - Kieran Xavier

Kayla Kirana, accountant junior Xavier Group yang cerdas dan tenang, tanpa sengaja dia telah menemukan bukti penggelapan dana yang mengarah langsung ke CEO syarikatnya iaitu Xavier.

"Then maybe you shouldn't have done it, sir." - Kayla Kirana

Pilihan yang ada pada Xavier pada ketika itu adalah sama ada mahu memecat atau menghancurkan gadis itu namun sebaliknya Xavier memilih untuk membuat satu tawaran yang lebih gelap dari kelam malam.  Perkahwinan Kontrak tanpa cinta sebagai balasan, Kayla Kirana akan dilindungi, keluarganya akan dibebaskan dari hutang dan rahsia gelap Xavier Group tetap terkubur.

Yang Xavier tidak sangka adalah Kayla tidak mudah untuk di tundukkan mahupun manipulasi. Namun, semakin jauh Kayla melangkah ke dalam dunia suaminya, semakin dia sedar bahawa lelaki yang dikahwininya bukanlah lelaki yang biasa. Kerana ada kebenaran yang lebih kejam daripada pembohongan.

Ada cinta yang dibina di atas rahsia dan kadangkala musuh yang paling berbahaya adalah masa lalu yang enggan terus terkubur.

Apabila kebenaran akhirnya memecahkan dunia mereka, Kayla terpaksa memilih untuk terus bertahan bersama lelaki yang dia cintai atau meninggalkan lelaki yang selama ini dia percayai sepenuh hati.