Terdapat 13 topik yang dibincangkan oleh penulis terutama konsep bersyukur kepada Allah yang perlu diamalkan. Ianya mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah swt dan hadis Rasulullah saw. Buku ini diibaratkan sebagai sebuah pakej kehidupan seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah.
Ya Allah, Aku Rindu Kepada-Mu merupakan buku pertama daripada Siri Kembara Menuju Allah. Buku ini ialah karya Ustazah Asma Harun bersama karyawan terkenal Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo.