Terdapat 14 bab yang dibincangkan di dalam buku ini yang membincangkan tentang kesabaran dan kesyukuran manusia kepada Allah. Ya Allah, Bersama-Mu Aku Bahagia, menerangkan fasa seterusnya dalam hidup kita. Kita mahukan satu kehidupan yang cukuplah kita dengan adanya Allah. Hidup dengan Allah, kita rasa cukup. Apa yang Allah beri, kita rasa cukup. Apa yang Allah ambil, kita tahu itu yang terbaik untuk kita. Cukuplah Allah bagiku. Tiada apa-apa dalam hatiku melainkan Allah.
Buku ini sangat sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat umur dan penuh dengan motivasi untuk meningkatkan keimanan kita dalam menghadapi apa jua keadaan bahawa setiap masalah itu ada hikmah dan hanya mengingati Allah itulah merupakan kebahagiaan yang hakiki.