Ya Allah, Kepada-Mu Aku Kembali
Publisher,PTS Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Rujukan Agama / Rujukan Agama - Lain-Lain
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Inilah adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama seorang penulis terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah s.w.t. & hadis Rasulullah s.a.w. Buku Ya Allah Kepada-Mu Aku Kembali, dipakejkan secara bersiri, dan ia adalah buku yang keempat daripada 4 buah buku dalam siri ini.
Ya Allah Kepada-Mu Aku Kembali, mengumpulkan 13 topik berkenaan keperluan meminta Husnul Khatimah yang dikupas dengan santai oleh Ustazah Asma Harun dan Ustaz Dwi Suwiknyo. Diselitkan juga dengan ‘Ustazah nak cerita’ daripada Ustazah Asma Harun yang membongkar kisah-kisah benar dan memberikan impak luar biasa kepada pembaca.
“Ya Allah, jika bukan kepada-Mu aku kembali, kepada siapa lagi? Bukankah aku berasal daripada-Mu dan kepada-Mu jua aku kembali?”
“Sama ada dalam kebaikan ataupun keburukan, sama ada bersedia ataupun tidak, aku tetap akan kembali kepada-Mu apabila tiba masanya.”
“Ya Allah izinkan aku menggunakan masa yang masih ada bagi mempersiapkan diri supaya aku tidak menyesal nanti saat aku benar-benar kembali kepada-Mu.”
Ya Allah, Kepada-Mu Aku Kembali
Sebagai manusia yang lemah, mudah alpa dan sering khilaf, tanyakan pada diri, pernahkah kita "menduakan akhirat" demi dunia? Sekembalinya kita pada Allah, tiada satu apapun yang akan dibawa pulang melainkan amal. Allahu... Moga kesenangan dunia tidak membuat hati lalai dalam mengingatiNya dan kematian. Bacalah buku penuh iktibar ini dan mari kita beriringan mencari redhaNya.
Siri terakhir daripada 4 buah buku bersiri ini membincangkan tentang husnul khatimah, yang membawa maksud pengakhiran yang baik. Setiap muslim pasti mahukan kesudahan yang terbaik dalam kehidupan kita. Apakah usaha-usaha kita sudah mencukupi untuk kembali kepada-Nya? Pelbagai persoalan diungkap dalam siri terakhir ini dan kesemua 4 siri ini sebenarnya saling berkait. Tidak rugi untuk memiliki kesemua siri ini yang dapat membuka mata dan minda kita dalam pelbagai perkara.
Selagi kita bernafas, selagi itu ada peluang untuk kembali pada Allah. Cover menarik dan sesuai untuk diberikan hadiah kepada orang yang tersayang
Setelah membaca dua buah siri daripada Siri Kembara Menuju Allah pasti kita ingin membaca siri selanjutnya. Buku Ya Allah, Kepada-Mu Aku Kembali merupakan buku ketiga daripada Siri Kembara Menuju Allah.
“Wahai jiwa-jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan redha dan lagi diredhai-Nya. Masuklah ke dalam golongan hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” Surah Al-Fajr, ayat 27- 30.
Antara isi yang dibicarakan di dalam buku ini ialah tentang bekalan yang telah kita persiapkan untuk menghadapi saat kepulangan kita kepada Allah. Sebagai manusia yang telah dicipatakan di dunia ini, tiada yang kekal selamanya di sini melainkan akan kembali kepada-Nya. Persoalannya, apakah tujuan kita di dunia ini dan bekalan apakah yang telah kita persiapkan untuk dibawa kembali nanti. 13 bab di dalam buku ini akan membincangkan semua persoalan tersebut.