Yantuan Antah #2: Seri Menanti Membara

ISBN: 9789670078700
Checking local availability
RM15.00
Product Details

Publisher,Must Read Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 150 g
No. of Pages, 104

Di bawah naungan panji Seri Menanti, Yamtuan Antah bangkit mempertahankan maruah dan kedaulatan negerinya. Disokong oleh pengikut setia dan pejuang berani seperti Dato' Siamang Gagap, mereka melancarkan serangan sengit yang menggugat keangkuhan British.

Kebangkitan Yamtuan Antah pada bulan Disember 1875 bukan sahaja menggoncang kestabilan politik tempatan, malah turut menggemparkan Singapura! Walaupun berjaya menguasai Paroi, namun mereka terpaksa berundur akibat kekuatan artileri British.

Dengan dentuman meriam menggegar langit dan kampung-kampung hangus dibakar, rakyat Negeri Sembilan bertahan dengan air mata dan semangat perjuangan yang tidak pernah padam.

Komik Yamtuan Antah 2 memaparkan perjuangan Yamtuan Antah dan para pengikutnya untuk mempertahankan Seri Menanti daripada keangkuhan musuh dan pengkhianatan.

 

Dimensi: 14.7 x 0.5 x 20.8 cm