Pada saya buku ni bukan sekadar sesuai untuk muslimah saja bahkan kaum Adam juga. Dirangkumi dalam konteks yang meluas dari panduan berdoa seperti keutamaan doa,syarat diterima doa,adab berdoa,juga berkaitan doa kelancaran rezeki,solusi masalah keluarga, kesihatan dan doa untuk menangkis sihir.
Yang bagusnya, disertakan bonus zikir dan doa-doa harian yang mungkin kita terlepas pandang dan tak amalkan dalam hidupan seharian.
Jadi, memang patut setiap rumah ada satu sebagai bahan bacaan bahkan satu permulaan untuk mendidik anak-anak dalam mendekatkan diri kepada Allah kerana doa tu kan satu penghubung antara kita hamba dengan Allah s.w.t