Zinnirah
Publisher,Penulisan2u
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 506
Pandang dengan mata hati. HIDUP Zinnirah berubah 180 darjah setelah ibu bapanya meninggal dunia disyaki akibat membunuh diri. Demi melangsaikan hutang yang ditinggalkan bapanya, Zinnirah mengikat kontrak dengan Tango sebagai profiler tanpa menyedari bahawa percaturannya itu adalah jerat yang mampu memakan diri.
“You that resemble her makes me lose my mind. What should I do to you?”- QAREEB
Bagi Qareeb, wajah Zinnirah sangat mirip dengan bekas isterinya yang tidak dapat dijejak, Sofea. Zinnirah pula beria-ia menafikan bahawa dia bukanlah wanita yang sedang dicari oleh Qareeb.
"Maaf, cik. Kita pernah jumpa ke sebelum ni?” - QAREEB
“Encik pakai taktik zaman bila ni? Encik nak tahu nama saya ke? Kenapa tak tanya straightforward aje?” - ZINNIRAH
Disalah anggap sebagai Sofea turut mengancam nyawa Zinnirah apabila dia menjadi buruan bapa Sofea yang tampak bersedia untuk menerkam Sofea bila-bila masa sahaja. Pada masa yang sama, Zinnirah didedahkan pula dengan hakikat bahawa dia bukanlah anak tunggal seperti yang disangka selama ini. Kubur saudaranya wujud sebagai bukti. Tetapi mengapa tidak pernah sekali pun ibu bapanya bercerita? Mengapa statusnya sebagai anak kedua dirahsiakan?
“Awak berada dalam bahaya, Zinnirah.” - QAREEB
Saat Zinnirah dihimpit dari pelbagai arah, Qareeb menawarkan sesuatu. Zinnirah terdesak. Identiti Sofea menjadi tanda tanya. Rahsia mengenai kewujudan saudaranya menyebabkan Zinnirah mula meragui memori sendiri. Sejauh manakah kepercayaan yang boleh dia beri kepada orang-orang yang berada di sekelilingnya? Sedalam manakah Zinnirah terpaksa menggali kisah di sebalik kematian ibu bapanya? Apa sebenarnya yang berlaku 24 tahun yang lalu?
Terbaik! Ini merupakan karya pertama novelis ini. Not bad..jalan ceritanya menarik dan yang paling penting terselit nilai2 murni yang dapat kita kutip daripada novel ini. Zinnirah..sedap juga nama ni ye
Sebuah novel cinta namun diselitkan dengan unsur thriller. Secara keseluruhan, cerita ini sangat menarik. Plot cerita yang tersusun kemas dan penggunaan gaya bahasa yang mudah difahami melancarkan proses pembacaan. Memang puas hati baca novel ni!
Sangat tertarik dengan kisah Zinnirah yang kematian kedua ibu bapa akibat membunuh diri. Pelbagai dugaan dilalui sehinggalah terungkai
kisah sebenar yang terjadi 24 tahun yang lalu yang dirahsiakan oleh ibu bapanya daripada pengetahuan Zinnirah sendiri.
Watak Zinnirah digambarkan sebagai wanita yang kuat dan teguh pendirian. Banyak nilai-nilai murni yang cuba diterapkan penulis untuk novel ini. Cinta kepada Tuhan, keluarga, sahabat dan diri sendiri.
Zinnirah mengikat kontrak dengan Tango sebagai profiler tanpa menyedari percaturannya itu adalah jerat yang memakan diri.Hidup Zinnirah berubah 180 darjah setelah ibu bapanya meninggal dunia disyaki akibat membunuh diri.Demi melangsaikan hutang yang ditinggalkan oleh bapanya,
Saat Zinnirah dihimpit dari pelbagai arah, Qareeb menawarkan sesuatu. Zinnirah terdesak. Identiti Sofea menjadi tanda tanya. Rahsia mengenai kewujudan saudaranya menyebabkan Zinnirah mula meragui memori sendiri.Hutang keluarga perlu dilunaskan.