Zi's: The Untold Story
Publisher,Kaseh Aries Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 450 g
No. of Pages, 357
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
“Bangsat! Kau bunuh ayah aku! Kau yang sepatutnya layak mati!” - AIDAN
Kekhilafan orang tua Aidan Zi Yuan di masa lalu telah menyebabkan dia menjadi mangsa. Namun Aidan terus bangkit dari trauma dan mahu mendapatkan keadilan bagi keluarganya yang dibunuh.
Bertugas sebagai polis elit, memudahkan Aidan untuk menjalankan misi. Malah dia telah bertemu semula dengan Aellyna Naomi, ‘cinta monyet’ Aidan yang terpisah semasa remaja.
“Tak sangka yang aku akan jumpa kau semula.” - AIDAN
“Sekejap. Kita kenal ke?” - AELLYNA
Untuk menawan hati Aellyna semula dan menukar frasa dari ‘cinta monyet’ kepada ‘cinta hati’ bukannya mudah. Gadis itu masih terasa hati dan kecewa dengan kehilangan Aidan tanpa berita sebelum ini.
Berkat kesungguhan Aidan memujuk, hati keras Aellyna akhirnya lembut juga.
“Err... kau... kau nak tak kahwin dengan aku?” - AIDAN
“Nak.” - AELLYNA
Selepas disatukan sebagai suami isteri, kebahagiaan mereka diuji dengan seseorang yang berkaitan dengan sejarah keluarga Aidan dahulu.
“Lebih baik kau ke sini secepat mungkin, zhizi. Aku tak nak isteri kau pula jadi mangsa pistol yang sama aku tembak ibu kau dulu.” - KI XIANG
Demi isteri dan orang ramai, Aidan Zi Yuan rela berkorban nyawa ketika berhadapan dengan musuh lamanya. Mampukah Aidan Zi Yuan mendapatkan keadilan yang dicari? Adakah Zi’s Untold Story, akan menjadi Finally It Has Been Told?