Asmaraloka Raja Laith

ISBN: 9789838222945
Checking local availability
RM29.00
Product Details

Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Kapsyen: Pengorbanan laksana rembulan malam, cahayanya kelam tetapi setia.

 

Blurb:

 

Lentera di kalbu berpaksi segala nestapa yang bertamu. Saujana membawa sejuta rahsia yang menggores waktu.

 

Sebermula kisah yang tak pernai usai, menanti sebuah pertemuan yang menyatu pada pusaran luka.

 

Susun alur membawa kepada empayar besar lagi masyhur, iaitu Kerajaan Laith dan Kerajaan Baiqi.

 

Munafik yang keluar daripada mulut si petualang telah mencetuskan peperangan antara kedua kerajaan tersebut.

 

Maka, satu demi satu yang tersembuyi pun terungkai, menyatakan pengkhianatan yang sekian lama terpendam. Rasa kasih yang mula bercambah di sukma terpaksa dilenyapkan, lantaran kesumat yang belum terbalas.

 

“Tergamak kau khianati kerajaan aku. Walaupun kau diberi gelaran sebagai Puteri Mahkota, sedikit pun kau tak gunakannya untuk kebaikan. Balas dendam? Itu matlamat kau dari mula?” – Putera Umar

 

“Siapa yang harus disalahkan? Semuanya mempunyai kisah hitam di dalam hidup masing-masing. Semuanya berjuang demi menjaga keselamatan dan orang yang disayangi.” – Puteri Layla

 

Adakah permusuhan lampau mampu merubah sekalian perkara yang telah termaktub? Malah, benarkah segala yang berlaku itu berpunca daripada satu peristiwa hasil ketamakan seorang durjana yang tiada mengenal batas?

 

“Kau tak layak sedikit pun untuk berdiri di samping aku. Kau juga yang mengkhianati kerajaan kau sendiri. Demi siapa? Demi aku? Demi cinta kau untuk aku? Hanya orang bodoh yang sanggup buat macam tu.” – Putera Yusuf

 

Sejauh manakah kematian menjadi noktah kepada perseteruan yang telah lama terbenam?

 

Kenapa masih berat, padahal semuanya sesaat? Kenapa masih gundah, walhal itulah amanat?

 

Perjalanan asmaraloka berpaksi di medan jiwa. Pesona renjana terhenti angkara durjana membara.

 

“Seseorang yang dianggap indah memberi duka yang paling dalam bagi hati yang menghargai.”