
Janji Izekiel
MPH Bookstores @ The Exchange TRX
L2.28-29.A, Level 2
55188 Kuala Lumpur KUL
Malaysia
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Misi Bona Fide membawa Aisya Hurairah ke sebuah persidangan antarabangsa di Itali. Delegasi mereka disabotaj. Aisya diculik dan dikurung bersama Megat Izekiel Li, lelaki berwajah beku.
Sungguh, dia tak menyangka akan terjebak dalam situasi sebahaya ini!
“Percaya pada aku, Aisya. Kau lupa aku siapa?” – Izekiel
Demi sebuah janji, sepenuh kepercayaan Aisya berikan kepada Izekiel. Namun satu demi satu tragedi berdarah datang menguji. Akhirnya, Aisya dikhianati dan ditinggalkan begitu sahaja.
“Life sucks, Aisya. And trusting the wrong people will make it worse.” – Izekiel
Setahun berlalu. Namun Aisya terus dihantui pengkhianatan lelaki itu.
Perlahan-lahan, dia cuba membina hidupnya semula. Sehinggalah Izekiel muncul kembali.
“Orang kata seseorang tu akan terlalu benci kalau dulu dia terlalu cinta.” – Izekiel
“Mustahil aku akan jatuh cinta dengan orang yang tipu dan gunakan aku.” – Aisya
Dan bahaya itu masih mengekori. Ada syaitan bertopengkan manusia yang kembali mengancam dan Aisya menjadi sasaran. Cukup kuatkah Aisya untuk menghadapinya kali ini? Tertunaikah janji Izekiel untuk melindungi Aisya meski nyawa jadi galang gantinya