Impian Jalanan by Teme Abdullah

ISBN: 9789832423553
Checking local availability
RM33.00
Product Details

Publisher,Iman Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages, 348

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Bacaan Umum / Bacaan Umun - Lain-Lain

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Orang kata melukis tak boleh jadi kaya.
Tak boleh jadi jutawan.

Tak apa. Biar aku cuba.

Hey korang... It''s me, Teme Abdullah.

Macam ni;

Hari tu aku terbaca satu kenyataan di media sosial. Kenyataan tu berbunyi, 'melukis memang tak boleh buat duit', 'jadi artis ni tak ada masa depan', 'siapa yang ada cita-cita nak jadi pelukis tu batalkanlah niat', melukis ni tak ke mana'.

Selepas baca kenyataan tu;

Aku rasa semacam. Aku tak setuju. Aku tak suka. Aku kurang gemar kalau ada orang yang melemahkan semangat orang lain. So, aku terlintas untuk ceritakan sesuatu pada korang.

Banyak part dalam cerita ini yang sepatutnya aku rahsiakan. Meman dari dulu aku rancang untuk biar ia kekal rahsia. But who cares. Aku buat peraturan tu, so, aku sendiri boleh batalkan. Hahaha.

May I proceed?

Cerita ni pasal seorang budak hingusan yang aku saaangat kenal. Budak kecik ni saaangat minat melukis. Dan dia saaaaangat suka berangan. Dan dalam cerita ni, akan aku tambahkan banyak penyedap rasa untuk jadikan ia menarik. So, ia bukanlah 100% kisah benar, ok? Tapi aku tak nak guna nama sebenar budak tu dalam cerita ni. Boleh? Thanks.

Ok, untuk mudahkan cerita, kita beri dia nama secara rawak. Iskandar? Ok, kita panggil dia Iskandar, a common name.

Bismillah...

Customer Reviews

Based on 11 reviews
91%
(10)
9%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
s
shuhaidah ainaa rosli

Impian Jalanan

W
WanNorhatiqah
Impian Jalanan

Saya suka penulisan Teme Abdullah. Penulisannya yang santai, gaya bahasa yang mudah serta jalan cerita yang senang difahami. Paling penting mesej yang hendak disampaikan pasti terkesan dan memberikan inspirasi kepada yang membacanya.

s
sitinurkhadijahjaafar
Impian Jalanan

Sebuah karya Teme Abdullah yang mengisahkan perjalanan hidup penulis sendiri. Penulis berjaya membuka mata pembaca bahawa kejayaan itu tidak dibina semalaman tetapi melalui berbagai proses yang akan berakhir kegagalan. Tapi dengan kecekalan dan kegigihan maka di akhirnya kejayaan itu tiba setelah berbagai kegagalan ditempuhi. Penggunaan bahasa yang ringkas dan senang difahami memudahkan pembaca memahami dengan lancar. Sebuah buku yang memberi inspirasi buat anak muda serta sesiapa sahaja yang bercita cita dalam kehidupan.

L
Liyana Azizi

Impian Jalanan

n
nur syahadah
Terbaik

Pada pendapat saya, ini adalah buku kegemaran saya dari penulis Teme. Semua siri harus diberikan kepada orang muda yang ingin kejar impian mereka, berjuang dan berurusan dengan dunia. Ini dapat mengubah kehidupan dan perspektif mereka, untuk
menjadi petunjuk atau cermin kehidupan realiti yang akan mereka lalui di masa depan. Buku ini dapat mengubah banyak perkara menjadi lebih baik. Sesuai dibaca untuk semua golongan.