Pesuruh: Sebuah Novel Ahadiat Akashah

ISBN: 9786299581604
Checking local availability
RM89.00
Product Details

Publisher,Roket Kertas Produksi
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages, 709

PESURUH merupakan karya terkini Ahadiat Akashah yang membawa pembaca menyelami detik-detik awal kerasulan Nabi Muhammad SAW, dengan naratif yang dramatik dan penuh emosi. Melalui gaya penulisan yang menyentuh jiwa, Ahadiat menghidupkan kembali peristiwa agung ketika wahyu pertama diturunkan oleh Malaikat Jibril di Gua Hira', memberikan perspektif baharu yang mendalam dan menyentuh hati.

*************

"Bacalah!"

"S-s-sungguh! Aku t-tidak p-pandai membaca...."

Sepantas kilat lelaki itu terus menarik dan merangkulnya. Cengkaman pelukan itu semakin kuat dan dia mulai lemas dan lemah.

Nafasnya tercungap-cungap sewaktu rangkulan itu dilepaskan.

"Bacalah!"

"A-a-aku t-tidak p-pandai m-membaca..."

Dia tidak langsung berdaya untuk menghalang lelaki itu merangkulnya lagi. Dia semakin lemah. Dia pasrah....

"Bacalah...."

"S-s-sungguh... a-aku... t-t-tidak p-pandai m-mem... b-baca..."

Tanpa belas kasihan dia dirangkul... dipeluk lagi dengan kuat sehingga hampir melumpuhkan seluruh tubuhnya. Saat tubuh dilepaskan dia telah tidak bermaya....

 

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang telah menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah... dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya!"

 

Tidak semena-mena lelaki itu ghaib sebaik sahaja dia selesai menuturkan kata-kata itu. Terus tubuhnya menggeletar. Dia mulai berasa ketakutan yang teramat sangat. Dia bingkas dan dengan langkah yang longlai dan tubuh terketar-ketar dia keluar daripada gua. Fikirannya masih belum tenteram. Suara itu terngiang-ngiang. Kata-kata dari lelaki asing itu terus menghantui benak. Terpahat kejap di dalam mindanya. Namun, langkahnya masih diteruskan menuruni bukit....

"Wahai Muhammad... engkau adalah pesuruh Allah... dan aku adalah Jibril!"

*************

PESURUH bukan sekadar sebuah karya fiksyen sejarah, tetapi juga satu penghormatan kepada perjalanan spiritual yang membentuk asas keimanan umat Islam.

 

Ahadiat Akashah (Penulis)

Ahadiat Akashah ialah seorang penulis, novelis dan penerbit terkenal di Malaysia, yang mula mencipta nama pada era 1980-an. Beliau terkenal dengan gaya penulisan santai, penuh emosi dan dekat dengan jiwa remaja. Antara karya paling popularnya ialah siri Lagenda Budak Setan, yang menjadi fenomena di kalangan pembaca muda dan telah diadaptasi ke layar perak.