Tok Janggut (1) - Seruan Jihad di Pasir Puteh
Publisher,Must Read
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 150 g
No. of Pages, 104
Shelf: MUTIARA MINDA / KOMIK & NOVEL GRAFIK / NOVEL GRAFIK/KOMIK
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Penasihat British yang
ditempatkan dalam pentadbiran di setiap negeri menekan ekonomi penduduk
setempat dengan mengenakan cukai yang tinggi. Rakyat jelata semakin tertekan di
bawah pemerintahan British. Ketika inilah, munculnya Haji Mat Hassan bin Munas
atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut, pahlawan yang bangkit melawan British
dan menyeru jihad melawan penjajah di negeri Kelantan.
British bukan sahaja
masuk campur dalam urusan pentadbiran, malah mereka mengarahkan rakyat Kelantan
menyokong dan berdoa untuk kemenangan British dalam Perang Dunia Pertama. Tok
Janggut melihat arahan ini sebagai satu penghinaan kepada umat Islam di Kelantan.
British turut
mengarahkan Sultan Kelantan supaya melarang rakyat Kelantan menyebelahi,
menyokong atau bersimpati terhadap kerajaan Uthmaniyyah. Akhirnya berlakulah
apa yang ditakuti oleh British, Tok Janggut dan para pengikutnya bangkit
menyahut seruan jihad Uthmaniyyah dan bangkit melawan British di Pasir Puteh!