
Baju Melayu Hijau Serindit
Publisher,Manes Wordworks
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 0.42 kg
No. of Pages, 316
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah…
harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.
~ I ~
Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).
Namun, hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan ‘mencari jodoh’ mama itu?
“Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun.”
~ II ~
Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu.
Dulu, hatinya juga pernah ‘hilang’ daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu! “Apa yang I dapat kalau I tolong you?”
“You dapat jadi boyfriend I.”
Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya.
Sedihlah :(
Kata Editor:
Syud bijak sekali ‘memonopoli’ watak-watak utama dalam Baju Melayu Hijau Serindit. Sang pembaca tentunya akan menyukai, mengasihi, memihak – baik pada Wardah mahupun pada Pacai. – Noor Suraya, Editor