Lamaran Buat Jelita

ISBN: 9789674692254
Checking local availability
RM26.00
Product Details

Publisher,KARYASENI
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

JELITA SURIA, anak gadis Encik Johan. Seorang yang patuh dan taat dengan perintah abahnya. Sentiasa mengingati hukum agama dalam semua perkara dalam hidupnya. Jelita yakin, kepatuhannya itu akan menjanjikan bahagia. Sehinggalah, sebuah lamaran mengubah perjalanan hidupnya.

 “Abah nak Jelita tinggal di Kairo.”

Asbab sebuah lamaran, Jelita dihukum oleh abahnya. 

            “Jelita percaya segala keputusan abah adalah yang terbaik untuk Jelita. Tapi, Jelita mohon… lepas ni abah tolong jangan harapkan yang terbaik daripada Jelita.”

            Jelita pergi membawa hati yang kecewa, tanpa mengetahui apa sebenarnya menanti dirinya selepas itu.

            MIRZA HAIDAR, insan pertama yang menghantar lamaran buat Jelita. Silapnya, dilamar Jelita saat usia gadis itu belum pun mencecah 17 tahun. Lamarannya ditolak mentah-mentah.

            “Apa susah… nanti dah habis housemanship, masuklah meminang semula. Takkan abah dia nak tolak lagi… dah kerja kut masa tu.”

            RAED, pertama kali melihat foto sepupunya, Jelita, hatinya terpaut. Lalu, menggunakan ‘kabel’ yang dia ada untuk melihat Jelita dengan lebih dekat. Kabel yang kuat membuatkan dia berjaya. Jelita tiba di Kairo. Tapi, hati Jelita tetap tidak mampu dicuri dengan mudah.

“Tapi kalau dah sampai masa nanti, Jelita kena consider lamaran abang dulu, sebelum orang lain.”

PERKASA ARMANA, bertahun-tahun lalu, hatinya dicuri oleh si gadis yang bernama Jelita. Namun, rasa itu kekal rahsia di dalam hatinya. Walaupun takdir mengatur perjalanan Perkasa di lorong yang berbeza, namun dia tetap menjadikan gadis itu sebagai idola.

            “Aku pun mahal macam Jelita.”

            Tiga jejaka yang berkongsi impian yang sama. Ingin lamaran mereka diterima oleh Jelita. Namun, pilihannya hanya di tangan Jelita.

            “Kenapa aku ‘nampak’ dia, sebagai jawapan untuk soalan yang aku tak pernah tanya pada Dia sebelum ni?”

 

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)