Bahagia Yang Tertangguh (Edisi Drama)

ISBN: 9786299420606
Checking local availability
RM43.00
Product Details

Publisher,Ha Novels Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Hana tahu, dia bodoh kerana bertahan dalam perkahwinan yang bahagianya dah tiada. Mungkin kerana cinta, mngkin juga kerana tak mahu diumpat manusia.

Dia umpama permaisuri yang kehilangan takhta dan raja. Yang dia ada, hanya seorang suami yang boleh digelar sebagai suami boneka. Zakwan yang beraninya hanya dengan isteri, tapi menikus bila berdepan dengan kakak sendiri. Ya, perkahwinan mereka bukan dikawal mertua, tapi kakak iparnya yang bersikap kuku besi.

Segala keputusan dan tindakan Zakwan, Kak Juriah yang kawal. Zakwan bawa Kak Juriah sekeluarga tinggal bersama mereka, dia diam. Dia dijadikan hamba dalam rumah senridi, mulutnya tetap terkunci. Meski terbersit dalam hati rasa sakit, namun semuanya terpaksa ditelan sendiri kerana dia tak punya tempat lain untuk pergi.

Dia semakin lelah dengan permainan dunia. Masih tertangguhkah bahagia untuk dia? Atau mungkinkah penamatnya adalah sengsara?