Djinn
Publisher,Must Read Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 480 g
No. of Pages, 432
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / MISTERI/THRILLER
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Populariti tidak pernah kekal.
Six Siblings, kumpulan TikTokers yang pernah menguasai trending page, kini berdepan krisis apabila view mula merudum, content basi dan pendapatan semakin mengecil. Mereka tahu jika mahu terus bertahan, mereka perlukan sesuatu yang luar biasa. Sesuatu yang mampu menggoncang penonton bagi mengembalikan nama mereka kembali jadi sebutan.
Maka, datanglah idea gila itu, iaitu meneroka Kampung Beringin, sebuah kampung yang misteri. Penduduk setempat mendakwa kampung itu menyimpan rahsia lama yang tidak diketahui sehingga sekarang. Bagi Six Siblings, ini bukan sekadar kisah misteri semata-mata, inilah peluang yang mereka cari. Semakin berbahaya, semakin tular.
Namun, sebaik kaki menjejakkan tanah di kampung itu, sesuatu mula berubah. Bukan sekadar gangguan kecil, bukan sekadar bunyi aneh atau kelibat bayang. Satu demi satu ahli kumpulan itu mula merasakan kehadiran yang terlalu dekat. Bunyi perabot diseret di homestay, bayangan yang meniru langkah mereka dan seolah-olah ada sesuatu yang sedang mempermainkan kewarasan mereka.
Segalanya memuncak apabila mereka menemui sebuah banglo usang di tengah kampung, lokasi sempurna untuk membuat live. Tetapi di situlah mimpi ngeri bermula. Banglo itu bukan sekadar rumah tinggal. Ia adalah pintu. Sebuah pintu ke dimensi misteri yang tidak mengenal logik masa, ruang dan realiti.
Mereka tahu, mereka mungkin akan terperangkap selama-lamanya di kampung itu.