Aku Perlu Dia

ISBN: 9789672902164
Checking local availability
RM24.00
Product Details

Publisher,Dear Novels
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

“Sorry.” - Haziq Naufal
“Weh, kau ni buta ke apa? Muka aku yang cantik ni ada macam permukaan meja ke, sengal?” - Ziqa Aryssa

Bermula dengan kisah menyakitkan hati, Ziqa Aryssa mengenali dia. Dia, mamat mulut tak ada filter. Sudahlah kurang ajar, mulut puaka, sesuka hati pula dia hendak panggil Ziqa dengan gelaran yang bikin menyirap hati.

“Perempuan macam tu elok jadi andartu je. Sesuai dengan muka.” - Haziq Naufal

Setelah satu per satu kejadian yang mempertemukan Ziqa dengan mamat mulut longkang itu, Ziqa berharap sangat agar tidak akan lagi bertemu muka dengan Naufal. Sumpah, Ziqa benci dengan lelaki bodoh sombong itu.

Namun, lain pula yang jadi.

Saat mak mengemukakan cadangan untuk Ziqa bernikah dengan anak sahabatnya, dia sudah mula tidak senang duduk. Pelbagai alasan dia ciptakan. Namun, tak satu pun berjalan.

Saat mata bertentang mata dengan insan yang hendak dijodohkan dengannya, terasa dunianya bagaikan berpusing dan terbalik. Sumpah Ziqa tak percaya.

“Mr. Sengal?” - Ziqa Aryssa
“Miss Andartu?” - Haziq Naufal

Haziq Naufal! Mamat yang paling Ziqa hendak elak, alih-alih nak jadi suaminya? Tak pernah terlintas dalam kepala otak yang lelaki itu akan menjadi pelengkap hidupnya.

“I love you, my honey. I really do.” - Haziq Naufal

Customer Reviews

Based on 2 reviews
0%
(0)
100%
(2)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
A
Asraff Termizi
Menarik

sebuah novel yang menarik untuk dibaca. novel yang mengisahkan sebuah perkahwin paksa atau perkahwinan yang dirancang oleh keluarga. sebuah cerita yang menarik untuk dibaca kerana dekat dengan kisah masyarakat sekarang.

j
jenoyaa

The plot is kinda nice but not really a fan of Haziq. The way he desperately wants both Ziqa and his girlfriend irks me to no end