
Ceritera Novela: Emerald
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Emerald is a rare love, symbolizing eternal beauty and genuine loyalty.
Semesta ini adalah kanvas agung, diwarnai pelbagai rona yang berdansa.
Setiap warna adalah bahasa jiwa, menceritakan rasa tanpa suara.
Tetapi ini bukan sekadar tentang warna…
ISEKAI – HYUN
YUNZZ
“Haya Izumi, kau bukan manusia lagi.”
- K Hayate.
Dunia Haya Izumi berubah sepenuhnya
apabila dia mendapati dirinya bukan lagi manusia. Memori terakhir yang
diingatinya hanyalah kematian. Tetapi...
“Berapa kali aku nak mati dan
berpindah ke dunia berbeza?” - Haya Izumi.
Dia berada di dunia berbeza dan
kehidupannya masih berjalan biarpun di alam lain.
Sejauh mana dia mampu bertahan jika
takdirnya di seluruh universe adalah kematian?
Death was just the beginning of her
story.
BUKAN YANG
DIPINTA - HASYAGRIZELLE
Tentang cinta yang hadir tanpa diduga
dan rahsia yang mengubah segalanya. Pernikahan Seroja dan Zubair membentuk
hidupnya, namun kemalangan tragis meragut segalanya.
Bertahun-tahun kemudian, terungkaplah
sebuah rahsia yang mengejutkan. Seroja ternyata tidak mati.
“Kalau Allah dah tetapkan awak untuk
saya, mana mungkin saya tak akan terima kekurangan awak, kan?” – Zubair Amzar
Akankah Zubair dan Seroja menemukan
kebahagiaan yang hilang?
Terkadang, takdir terbaik datang tanpa
kita pinta.
SETIA -
BUTIFERLY
Apakah janji
yang paling manis di bibir tetapi pahit untuk ditunaikan? Setia.
Resah, keliru,
serabut, semuanya bercampur menjadi satu tanda tanya.
"Do you
love someone?" - Wisya Athirah
Satu lamaran
tanpa kata-kata cinta mengikat dua jiwa. Namun, mana mungkin laut tenang tanpa
ombak yang bergelora.
Setia itu janji
yang paling manis, tetapi bersama manis itu terselit sebuah pergorbanan.
" I don’t
believe in happy ending."
Isekai, laksana
cahaya di taman yang abadi; Bukan Yang Dipinta mencerminkan keikhlasan dan
ketulusan sejati, yang hanya dapat diselami oleh jiwa yang Setia.