
Kaisar by JIWA (Novel Fantasy Islamic Romance)
Publisher,Nukilan Biruni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 436
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / SAINS FIKSYEN/FANTASI
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Kaisar mengisahkan bagaimana dua sosok yang lahir dalam dunia yang berbeza, lalu melakarkan romansa di tengah konflik antara agama dan kuasa.
"Mungkin kita bagaikan matahari dan bulan, yang tak memeluk takdir yang sama. Hanya gerhana buat sebentar cuma." —Hayden
Selepas abangnya dibunuh dalam suatu letupan misteri. Hayden Fayyad diutuskan oleh ayahnya, Kaisar—gelaran kepada ketua famili mafia yang menguasai Bandaraya Obsidia—untuk menjalankan satu misi rahsia. Hayden diperintahkan menjadi bodyguard kepada seorang gadis kampung bernama Mikayla, yang dipercayai mangsa pembunuhan seterusnya.
Mikayla Ayaz adalah anak tunggal seorang ustaz yang baru sahaja kehilangan ayahnya. Oleh kerana kampung Mikayla begitu terpencil dan tertutup dari dunia luar, Hayden terpaksa menyamar dirinya sebagai seorang ustaz untuk masuk ke kampung itu agar tidak disyaki oleh sesiapa. Hayden sebagai satu-satunya harapan buat keluarga Fayyad, harus melakukan apa sahaja untuk menangkap pembunuh abangnya. Sekaligus melindungi Mikayla yang tanpa sengaja terlibat dalam konflik ini jua.