Kronikel Dewata IX: Api Ilahi

ISBN: 9789673699612
Checking local availability
RM12.00
Product Details

Publisher,Penerbit X
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 100 g
No. of Pages, 152

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / MISTERI/THRILLER

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Tahun 2311

Empat kepala naga dipercayai milik Sumeru melayang ke empat destinasi berbeza di bumi. Dipercayai Api Ilahi sudah berhasil menewaskan Sumeru, tetapi tiada sesiapa pun dapat mengesahkannya.

Kemunculan susuk mirip Api Ilahi di beberapa kawasan yang sarat penduduk yang mengamalkan ritual penyembahan dewata menghadirkan keresahan. Pembunuhan besar-besaran berleluasa.

Beberapa kota langit binasa dek kemunculan tangan raksasa yang menelan setiap warganya dengan pusaran aneh di tengah langit. Dan la tidak dapat dihentikan sama sekali. Dipercayai juga ia angkara Api Ilahi, tanpa diketahui bagaimana dia melakukannya.

Mantan pemilik empat wajah Sumeru, Nathan, Ambriosa, Ahmad Zuhrah dan juga Rashidi percaya sesuatu telah berlaku di Laut Kalam. Visi pertarungan antara Sumeru dengan Api Ilahi di Laut Kalam sebelumnya sesekali menerpa, memberi petunjuk yang kabur. Mereka mencari akses ke Laut Kalam demi membongkari rahsianya.

Manakala, Ezani pula enggan mahu melibatkan diri dengan petaka baharu ini. Terputusnya hubungan dengan Api Ilahi sebelum ini telah mendorongnya untuk mengasingkan diri. Namun takdir punya rencana berbeza untuknya.

Pawang Setia, penjaga Laut Kalam pula punya kebenaran berbeza daripada apa yang mereka lain tahu. Dan tugasnya amat berat – menuntut muslihat demi muslihat agar agenda entiti yang jauh lebih rakus dan ganas tidak terlaksana.

Masa mencemburui mereka. Percaturan ligat dilaksana. Api sedang marak menyala. Siapa yang mampu memadamkannya?

 

Dimensi: 18.5 x 0.8 x 11.5 cm

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)