Love Medina - Novel Cinta Shafatin Yusof

ISBN: 9786297509464
Available for pickup at
MPH TRX
Usually ready in 2-4 days

MPH Bookstores @ The Exchange TRX
L2.28-29.A, Level 2
55188 Kuala Lumpur KUL
Malaysia

+60386047880

RM35.00
Product Details
PublisherKaseh Aries PublicationPublication DateFormat PaperbackWeight 0.42 kgNo. of Pages
Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

“Kau janji, Affan?”

“Aku berjanji pada kau, Medina.”

Janji itu pernah terlafaz di bibir Affan kepada Medina ketika mereka masih remaja. Dengan janji dan sumpah setia itu mereka akan teguh bersama antara satu sama lain. Tidak akan pergi meninggalkan.

Di langit biru, mereka menghamparkan semua impian dan harapan. Namun ia tidak semudah yang mereka sangkakan. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak selalu indah. Janji yang mereka lafazkan bersama telah termungkiri.

Affan pergi meninggalkan Medina tanpa kata perpisahan. Lalu, waktu terus bergulir. Mereka bertemu kembali selepas lapan tahun berpisah. Namun, keadaan sudah berbeza. Mereka sudah dewasa dan mungkin rasa yang pernah ada juga tidak lagi sama.

Saat cinta itu berputik semula, mereka diuji dengan perpisahan sekali lagi yang lebih perit.

Dan benarlah, cinta itu bukan sekadar tentang memiliki dan bersama selamanya. Adanya Hadi dan Hana Sakura, si gadis kecil di sisi Medina di saat Affan menghilang, menimbulkan kekacauan di hati Affan. Atau mungkin hati mereka berdua tidak mampu dicantum lagi. Janji terus termungkiri dan adakah mereka berdua akan terpisah kerana takdir Tuhan yang tidak merestui?

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)