Novel yang sangat menarik dan banyak bermain dengan emosi pembaca, rasa sedih, geram, sakit hati dan keliru. Jalan cerita yang sangat tersusun dan banyak mengangkat isu berkenan penyakit mental dan jenayah pedo. Banyak juga saya ternganga waktu baca sebab jalan cerita yang tak boleh diramal! Oh ya, ada sedikit babak yang boleh buat anda tersengih sorang sorang juga tau lagi lagi di pengakhiran cerita hehe.
Sangat disyorkan untuk beli dan baca! Terima kasih dan tahniah penulis kerana menghasilkan buku ini!