Setelah Kudimiliki (Novel Adaptasi)

ISBN: 9789672116646
Checking local availability
RM25.00
Product Details
PublisherDear NovelsPublication DateFormat PaperbackWeight 420 gNo. of Pages
Sarrafia terkejut selepas kali pertama diperkenalkan dengan lelaki yang bernama Adriz itu. Lelaki yang buat tak tahu meskipun sudah melihat wajahnya. Pelik. Lantaklah, kalau tak kenal, lagi bagus. Lebih mudah. Dia pun bukan lagi perempuan terhegeh-hegeh serupa dulu.

“Saya tak pernah jumpa awak. Ini kali pertama saya jumpa awak. Tapi pelik sebab awak nampak tak sukakan saya.” - Adriz

Sarrafia naik menyampah apabila Adriz kerap mengekorinya.

Kalau tak kenal sudahlah, yang nak mengekor tu apa hal. Gila! Pula tu selalu Adriz cakap dia berasa tak tenang. Lagi gila, sudah dia tak tenang nak ajak orang lain tak tenang juga.

“Saya nak tebus apa yang berlaku antara kita dulu.” - Adriz

“Gila! Nak tebus apanya. Guna duit atau nak guna badan saya sekali lagi?”- Sarrafia

Kedegilan Adriz membuatkan Sarrafia menerima apa yang mahu ditebus oleh Adriz. Walaupun dalam hatinya tetap ada rasa yang sukar untuk difahaminya sendiri. Sarrafia tidak mahu bahagia, tetapi dalam hatinya penuh dengan cinta untuk Adriz.

Customer Reviews

Based on 2 reviews
50%
(1)
50%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
W
Wan
recommended

Semua orang berhak untuk bahagia walaupun dia seorang pendosa. Pendosa tak semestinya perlu tolak bahagia ketepi.. Kerana kita semua pendosa di dunia ini.
Bersyukurlah dengan hidayah yang diperoleh . Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

S
Siti Radhiah
Setelah Kudimiliki

Sebuah kisah yang nampak biasa namun itulah kehidupan yang perlu dilalui oleh kebanyakan orang. Dek kerana kesilapan masa lalu, begitu sukar untuk memaafkan diri sendiri. Namun, hidup perlu diteruskan hati perlu terus kuat kerana kita bertanggungjawab ke atas diri kita sendiri. Hanya kita yang mampu menentukan kebahagiaan diri kita.