Catatan Tadabbur Quran@114 (Jilid 4)
Publisher,Galeri Ilmu
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 0.42 kg
No. of Pages, 280
Shelf: MUTIARA MINDA / RUJUKAN AGAMA / QURAN/TAFSIR & HADIS
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Quran@114 merupakan program yang disiarkan setiap hari di TV AlHijrah. Ia memberi fokus kepada ilmu 3T iaitu Tadabbur, Tajwid, dan Taranum.
Quran@114 membawa masyarakat untuk mentadabbur Al-Quran dengan lebih mudah dan memahami intipati kitab suci itu agar dapat meningkatkan penghayatan serta khusyuk dalam beribadah. Selain itu, pemahaman terhadap Al-Quran juga akan memberi kesan dan perubahan positif dalam kehidupan seseorang.
Oleh itu, naskhah Catatan Tadabbur Quran@114 ini diterbitkan bagi memudahkan masyarakat pencinta Al-Quran untuk menelaah dan memahami kandungan-kandungan penting yang disiarkan dalam program Quran@114. Seterusnya mampu mengamalkan serta bersahabat dengan Al-Quran hingga ke akhir hayat.
Naskhah Catatan Tadabbur Quran@114 (Jilid 4) memuatkan perkongsian tadabbur surah An-Nisa' bermula ayat 1 sehingga ayat 147. Antara perkongsian menarik dalam buku ini ialah:
- Perbahasan hak wanita dan anak yatim
- Hukum-hakam faraid
- Peranan lelaki dan wanita dalam Islam
- Pengharaman khamr
- Sikap 'muzabzab' golongan munafik