
Bendahara Seri Maharaja Pahang Tun Mutahir Ibni Tun Ali
MPH Bookstores @ The Exchange TRX
L2.28-29.A, Level 2
55188 Kuala Lumpur KUL
Malaysia

Shelf: MUTIARA MINDA / SEJARAH & POLITIK / SEJARAH (UMUM)
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
‘Biar mati anak, jangan mati adat’, inilah pegangan bangsa Melayu sejak zaman berzaman, membentuk pandangan alam orang Melayu dalam mengemudi hidupnya agar akar tunjangnya berpedoman Tauhid dan Akhlak Muhammadiah, mudah-mudahan dapat kembali kepada Allah SWT dengan sejahtera. Adat Melayu bersandarkan syariat, menunjukkan ketinggian hikmah nenek moyang kita sebahagiannya adalah umara dan ulama sufi yang memandu pemerintahan berhakikat. Sesungguhnya pengalaman suka-duka bangsa Melayu yang berusia matang, serta adat berteras syariat menjadi bahagian dari jatidiri bangsanya, sehingga pernah diuji dengar pahit maung serangan kuasa-kuasa barat yang bertali arus; Peringgi, Belanda dan Inggeris.
Institusi Bendahara sebagai tunjang kerajaan Melayu lama, merupakan antara pemegang saham bangsa ini yang penting, bersama Sang Raja, alim-ulama, para pembesar lain, hulubalang dan rakyat jelata dalam Kosmologi Kesultanan Melayu tradisional, pernah mempunyai sikap pemilikan, pernaungan, pembelaan serta pertahanan tinggi ke atas bangsa, agama dan watan.
Alhamdulillah setelah hampir dua abad, dengan kuasa Allah SWT jua dirungkai dan dimurnikan, sejarah dapat disusun semula yang diharapkan lebih berlaku adil kepada Tun Mutahir sebagai Raja Pahang sekaligus Bendahara Johor Lama. Dan terbaru, ramai jurai Tun Mutahir sudah dapat dijejaki semula.
Semoga buku ini menjadi iktibar dan tauladan kepada para pembaca budiman, bahawa tiada yang lebih berharga daripada nilai kekeluargaan seagama, sebangsa dan sedarah keturunan, menjadi benteng-benteng ampuh dalam membela maruah sebagai orang Melayu, penjunjung amanah nenek moyang sebagai hamba Allah SWT sejati dan pencinta Rasulullah SAW, jangan khianati hubungan sakral ini…