
Fahami Sirah Dalam 60 Minit
MPH Bookstores @ The Exchange TRX
L2.28-29.A, Level 2
55188 Kuala Lumpur KUL
Malaysia
Shelf: MUTIARA MINDA / RUJUKAN AGAMA / AGAMA - LAIN-LAIN
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
KELEBIHAN BUKU INI:
• Membahagikan tajuk sirah kepada 60 tajuk kecil yang
dipersembahkan sebagai minit, agar sirah diceritakan dalam
waktu yang singkat dan mudah;
• Menceritakan pengajaran yang boleh diambil berdasarkan
kisah sirah tersebut;
• Menyediakan info berkenaan kisah sirah yang berkaitan
sebagai maklumat tambahan buat pembaca.
• Meskipun buku ini ringkas, tetapi ia sarat dengan fakta dan
mampu memberikan input yang baik terhadap pembaca.
SINOPSIS
Sirah sosok mulia, peribadi agung, Rasulullah merupakan suatu pengetahuan asas
buat setiap individu Muslim. Tiada seorang pun terkecuali. Perjalanan hidup Baginda
seringkali diceritakan dengan jalan cerita yang sangat panjang sehinggakan sesetengah
individu berasa bosan lalu tidak mendalami sirah Baginda secara menyeluruh.
Buku Fahami Sirah dalam 60 Minit ini membawa kepada pembaca jalan penceritaan yang lebih ringkas
dan padat untuk membolehkan kita memahami kronologi peristiwa yang berlaku dalam
kehidupan Baginda. Di samping itu, penulis juga menyertakan pengajaran dan info
tambahan yang menjadi titik tambah bagi buku ini sekali gus menjadi dorongan untuk kita
memperbaik diri. Buku ini juga boleh dijadikan bacaan harian satu minit untuk anda dan
anak-anak. Ia disusun mengikut minit supaya pembacaan sirah tidak terasa membosankan.