Mindset: The New Psychology of Success (Edisi Bahasa Melayu) - 2024

ISBN: 9786294930476
Checking local availability
RM35.00
Product Details

Publisher,PTS Publishing House
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 425 g
No. of Pages, 320

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / MEMBINA DIRI / MEMBINA DIRI - LAIN-LAIN

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

“Dengan penyelidikan yang teliti dan gaya penulisan yang mengasyikkan, Dweck membongkar bagaimana keyakinan kita terhadap kemampuan diri menjadi pengaruh yang luar biasa dalam perjalanan hidup kita.” —Bill Gates, GatesNotes

 

Selepas puluhan tahun mengkaji minda manusia, Dr. Carol S. Dweck, seorang ahli psikologi dari Universiti Stanford, telah menemui rahsia di sebalik kejayaan dan kegagalan. Rahsia itu terletak pada satu perkara yang mudah tetapi amat berpengaruh iaitu “bagaimana kita melihat potensi diri kita.”

 

Dalam dunia yang mana kejayaan dalam pendidikan, kerjaya, sukan, seni, dan hampir setiap lapangan hidup sering dianggap bergantung pada bakat semata-mata, Dweck menyingkap satu kebenaran yang berbeza. Mereka yang terperangkap dalam mindset statik (fixed mindset) melihat kebolehan mereka sebagai sesuatu yang tetap — dan terbatas. Sebaliknya, mereka yang memiliki mindset berdaya maju (growth mindset) percaya bahawa setiap kekuatan dan kebolehan mampu dikembangkan dan diasah, selagi ada usaha dan keazaman.

 

Dalam edisi ini, Dr. Carol berkongsi hasil kajiannya mengenai konsep yang telah mencipta revolusi pemikiran di seluruh dunia. Beliau mengingatkan tentang bahaya ‘mindset berdaya maju yang palsu’ dan membimbing pembaca mengenai mindset berdaya maju yang tulen dan berkesan.

 

Dengan panduan yang jelas dan inspiratif, Dr. Carol menunjukkan bagaimana mindset boleh membawa perubahan bukan sahaja kepada individu, tetapi juga kepada budaya organisasi dan komuniti. Dengan mindset yang betul, kita dapat memupuk potensi luar biasa dalam diri sendiri dan memberi inspirasi kepada mereka yang kita bimbing, ajar, dan sayangi, untuk mencapai puncak yang lebih tinggi dalam hidup.