99 Rahmat Ditahan di Sisi-Nya
Publisher,Kemilau Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Allah sangat mengasihi para hamba-Nya. Belas kasih dan rahmat-Nya jauh lebih sempurna daripada belas kasih seorang ibu kepada anaknya. Al-Quran menjelaskan, belas kasih (rahmat) Allah meliput segala sesuatu sebagaimana terdapat dalam firman-Nya, “Rahmat (kasih sayang)-Ku meliputi segala sesuatu.” (Al-A‘raf: 156)
Tidak ada seorang manusia pun yang tidak mendapat belas kasih daripadaAllah. Banyak ayat-ayat al-Quran menghuraikan tentang rahmat dan kasih sayang Allah. Sama ada yang ditaburkan kepada umat manusia, mahupun untuk alam semesta. Al-Quran juga menjelaskan berbagai jalan yang perlu ditempuh untuk mencapai rahmat Allah dalam kehidupan di dunia ini. Tujuannya adalah untuk mewujudkan kehidupan damai sejahtera di dunia dan keuntungan serta kebahagiaan abadi di akhirat.
Rahmat Allah meliput setiap gerak alam dan seluruh dimensi kehidupan insan. Apa sahaja yang terjadi dan dilakukan oleh manusia adalah kerana berkat dan rahmat Allah Azzawajalla. Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya sentiasa hidup selaras dengan syariat Allah dan sunnahnya supaya kita beroleh rahmat dan kasih sayang Allah. Nabi Muhammad menjelaskan bahawa sifat kasih sayang Allah melebihi sifat marah-Nya. Oleh itu Rasulullah sentiasa melarang umatnya daripada bersifat putus asa dengan rahmat Allah.
Rasulullah SAW mengajar kita supaya sentiasa berdoa untuk mendapatkan rahmat Allah. Baginda mengajarkan doa, “Ya Allah, ampunilah dosaku, berilah Rahmat kepadaku, tunjukkanlah aku jalan yang lurus (baik dan benar), cukupkanlah aku, selamatkan aku daripada penyakit dan musibah, berikanlah kepadaku rezeki yang halal dan tinggikan darjatku.” (HR Ibnu Majah)