Anjung Rindu
Publisher,SR Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 900 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
“Nama pun screaming room. Jadi sesuailah dengan jeritan kamu tu,” kata Madd I Z.
Zsa Zsa Bella seorang blogger. Kunjungannya ke Hong Kong telah menemukan dia dengan seorang jejaka yang digelar ‘Harajuku' bernama Madd I Z. Kedua-dua yang memiliki nama pelik ini teramat ego. Masing-masing ingin mengenakan antara satu sama lain sehingga termeterai satu perjanjian.
“Buat apa berembun lama-lama kat situ Bella. Masuklah,” ujar Nenek Fatma.
Sejak Sungai Melaka berubah wajah, Zsa Zsa Bella sering menunggu di anjung. Setiap malam menjadi rutinnya. Sejak pulang dari Hong Kong, dia semakin kerap berada di situ.
“Wah! Ibu dah tak sabar nak menerima menantu, ya. Lepas tu, tak sabar-sabar nak menimang cucu dan lepas tu, menangis sebab bergaduh dengan menantu,” usik Madd I Z.
Madd I Z pernah menyerahkan urusan mencari jodoh kepada orang tuanya dan mereka telah menerima Damia Qistina sebagai calon menantu. Namun, setelah bertemu Zsa Zsa Bella, perasaan lain menular dalam hatinya.
“Ibu berkenan tak dengan Bella?” tanya Madd I Z.
Puan Izzahan kagum dengan cara Zsa Zsa Bella bekerja. Setiap pergerakan Zsa Zsa Bella diperhatikannya. Tetapi semakin hari, hatinya risau melihat kemesraan anaknya dengan gadis itu.
“Kenapa you bawa blogger tu?” soal Damia Qistina, meradang.
“Awak ni tunangan orang. Saya tak mahu ganggu tunang orang,” kata Zsa Zsa Bella.
Zsa Zsa Bella cuba untuk melupakan kisah cintanya yang lalu. Dia ingin membuka lembaran baru. Tapi kenapa dia masih menyimpan rindu? Mengapa sukar untuk menghapuskan satu rasa yang terpenjara di dalam hati, sehinggakan tak mampu membuka hati untuk orang lain? Di Anjung Rindu penantian setiap detik dan waktu.