Beautiful Lies
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Bibirnya mengukir senyuman, namun yang dia rasai, adalah yang
sebaliknya. Bahagia, tapi hal itu tidak kuat menguasai jiwanya apabila rasa
derita lebih mengatasi segala-galanya. Bukannnya dia tidak mahu mencintai
seseorang, namun kerana trauma, dia memendam rasa itu.
“Bukan salah aku. Aku terpaksa! Aku terseksa! Kau faham tak
yang aku terseksa selama ni?! Aku takut. Dan semua tu aku tanggung seorang
diri!" - TIARA
Bagi Tiara, dia tidak layak untuk semua itu kerana
‘kekurangan’ dirinya. Sudah acap kali diyakinkan oleh orang-orang yang
tersayang bahawa dia layak memiliki rasa dicintai, namun dia tetap dengan
pendiriannya itu.
Sehinggalah suatu hari itu, takdir telah mempertemukan dia
dengan seorang lelaki yang telah memendam perasaan kepadanya.
"Saya tak nak awak terseksa dan tak bahagia hidup dengan
saya. Saya minta maaf. Saya harap awak faham. Keputusan saya muktamad!" –
TIARA
"19 Julai, pukul 5, hari Ahad. Aku nak kau bagi aku
jawapannya. Dan jika sebaliknya, aku faham dan aku takkan munculkan diri aku di
hadapan kau lagi selepas ini. Itu janji aku!" - AARIZ RAYDEN
Di pertengahan jalan, satu per satu rahsia yang disimpan rapi
oleh Tiara, telah pun terbongkar. Aariz tidak kisah, dia nekad menginginkan
Tiara di dalam hidupnya. Tiara keras menolak Aariz dengan sekeras-kerasnya, dek
kerana gadis itu tidak mahu Aariz melangkah masuk ke dalam ‘dunianya’ yang gila
itu. Hidup yang tiada naluri. Hanya ada dia dengan dia.
Apakah rahsia terbesar yang telah terbongkar dan mengejutkan
Aariz?
Dapatkah Aariz masuk ke dalam hidup Tiara yang telah
diisytiharkan gila oleh gadis itu sendiri?
Kisah di antara kau, aku dan kita telah melakarkan penipuan
yang terindah.
Apa yang dinoktahkan untuk kita adalah cerita yang menjadi
sebuah perjalanan purnama yang tiada titik akhir.
“Jangan masuk ke lembah berduri dan gelap yang akan memakan diri
kau sendiri."
“Beginikah pengakhiran kisah hidup kita berdua?”