Di Saat Cinta Itu Datang

ISBN: 9789672300533
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,Suara Hati
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 435

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Penderitaan ini tidak mampu membayar pengorbanan itu. Kedegilan Aairin Tahany pada malam itu menyebabkan orang disayangi tergadai maruah diri. Perasaan bersalah menghantui diri. Dek pengorbanan Auntie Su itu, Aairin sanggup buat apa saja untuk Auntie Su. Aairin dihina, dicemuh, disakiti, dikasari, dan sehinggalah menjadi pengganti tempat Auntie Su di majlis pernikahannya. Berharap, agar ianya dapat mengurangkan rasa bersalahnya pada Auntie Su. Empat tahun Aairin lari daripada realiti, akhirnya dia pulang untuk selesaikan semuanya. Nekad mahu merungkaikan ikatan yang terjalin atas rasa bersalahnya, bukannya cinta. Bagi Aairin, kebahagiaan tidak akan wujud dalam hubungan mereka.

Namun, tidak bagi Aaidan. Bukannya dia mahu melupakan apa yang telah berlaku, tetapi mahu menerima sebuah kenyataan hidup yang perlu melangkah ke depan.

“Anna adalah masa silam abang. Aairin adalah masa depan abang. Kita hidup berjalan ke hadapan bukan ke belakang. Abang tak akan sesekali berpaling semula ke belakang Aairin.” - Aadian Naail.

Di saat cinta itu datang, segala-galanya menjadi rumit. Kisah lalu kembali menghantui. Kebahagiaan yang baru terbina dilanda masalah. “Jangan tinggalkan abang.” - Aaidan Naail

“Awak memang kejam Aaidan!” - Aairin Tahany

Di sebalik penderitaan itu, ada yang merencana rupanya. Perlahan-lahan semuanya terungkap. Namun, mampukah hubungan itu dipertahankan setelah kemunculan semula seseorang itu? Dan layakkah Aairin menerima semua penderitaan kerana kesalahannya itu?

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)